Kelas E-Learning @ Kahoot! Sesi 3
18 Jun 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas E-Learning @ Kahoot! Sesi 3 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 17 Jun 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Kali ini pelajar akan diberi Kuiz Matematik dengan menggunakan laman web Kahoot.com untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kaedah ICT, menjawab soalan dalam komputer. Kuiz Matematik yang tidak susah dan mudah dijawab untuk pelajar sekolah rendah di bawah 13 tahun. Soalan akan dipaparkan di skrin putih hadapan, dan para pelajar hanya diberikan kertas kosong sahaja untuk menjawab dan mengira jawapan.
Satu soalan diberikan masa paling lama adalah 45saat untuk berfikir dan mengira jawapan di kertas, dan jawapan akan dijawab pada skrin komputer masing-masing. Kaedah yang digunakan dalm ICT ini adalah kaedah yang sedia ada atas talian iaitu kahoot.com.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: