Kelas Asas Menaip Bahagian 2 Sesi 4
18 Jun 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Asas Menaip Bahagian 2 Sesi 4 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 17 Jun 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Kelas ini bertujuan untuk memberi latihan yang sama seperti kelas di bahagian 1 untuk lebih memahirkan mereka mencari huruf dan nombor pada papan kekunci. Selain itu, memberi lebih tip dan tunjuk ajar dalam penggunaan papan kekunci terutamanya pada tempat yang mereka lemah. Kelas ini juga menerangkan pelbagai fungsi yang ada pada papan kekunci terutamanya yang selalu digunakan umum. Memberi contoh kepada mereka untuk menaip laju dan penggunaan huruf yang betul. Permainan interaktif secara atas talian turut dibuat bagi menguji kefahaman peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: