Program Cakna Komuniti 2017 – Penyerahan Insentif Khas Peneroka
28 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Program Cakna Komuniti 2017 – Penyerahan Insentif Khas Peneroka telah dilaksanakan pada hari Ahad, 27 Ogos 2017 bertempat di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Program ini telah dihadiri oleh penduduk kampung Felda Taib Andak seramai 365 orang. Program ini berlangsung selama 4 jam dari jam 2:00 petang sehingga jam 6:00 petang.
Program ini dianjurkan oleh JKKK Felda Taib Andak dan ADUN Bukit Permai (YB Ali Mazat Bin Salleh). Program ini turut melibatkan agensi luar bagi menjayakan program ini, antaranya ialah KOSPEN, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Terdapat banyak booth pameran dan gerai jualan yang dibuka bagi memeriahkan majlis ini.
Di dalam dewan raya Felda Taib Andak terdapat taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi FELDA, Yb Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin mengenai penyerahan insentif kepada peneroka FELDA. Selesai taklimat tersebut, wakil Pengerusi Felda dan Menteri Besar Johor melawat golongan warga tua yang paling lama menetap di Felda Taib Andak untuk diberi sumbangan wang ringgit dan keperluan dapur. Staff PI, Pencetus Ummah (PU) Muhsin dan artis Aiman Tino turut membantu dalam pengagihan sumbangan ini.
Program ini telah berjaya menarik penduduk kampung Felda Taib Andak dan orang luar dalam memeriahkan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: