Microsoft Office Word @ “Story Typing” Sesi 2
8 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Kelas Microsoft Office Word @ “Story Typing” Sesi 2 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 07 Julai 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Antara pengisian kelas ini adalah pelajar dikehendaki untuk menaip sebuah cerita yang telah dipaparkan pada layar. Mereka di ajar untuk menaip dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Mereka juga di minta untuk mempraktiskan karangan yang ditaip dengan mengubah hasil taipnya kepada jenis “font” yang cantik.
Dengan adanya kelas ini, dapat meningkatkan pemahaman ahli PI cara penggunaan aplikasi Microsoft Office Word yang menjadi aplikasi utama dalam membuat sebarang tugasan sekolah atau kerja serta memahirkan mereka untuk menaip lebih pantas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: