Microsoft Office Word @ Salasilah Keluarga Sesi 4
15 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office Word @ Salasilah Keluarga Sesi 2 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Kelas yang dianjurkan untuk kali ini adalah kelas terbuka kepada peserta kategori kanak-kanak dimana mereka akan diajar mengenai carta organisasi iaitu membuat salasilah keluarga masing-masing didalam Microsoft Office Words. Staff PI mengajar peserta menggunakan Microsoft Office Words dan seterusnya menggunakan tools untuk mereka carta mengikut kreativiti peserta. Peserta perlu menggunakan tools yang betul untuk membuat carta yang tepat dan mengikut piawai yang ditetapkan oleh staff PI. Penggunaan carta amat kerap digunakan untuk melakukan tugasan dan pendedahan dari awal akan memudahkan peserta untuk melakukan tugasan kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: