Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017
16 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniMajlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2017 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 15 Julai 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Majlis ini telah dihadiri oleh 54 orang. Majlis ini telah berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kemeriahan terasa apabila ramai penduduk sekitar hadir dengan berpakaian raya masing-masing.
Juadah yang disediakan secara katering antaranya mihun goreng, mihun sup, kuih muih dan kuih raya. Majlis ini merupakan upacara tahunan yang sememangnya dinantikan penduduk sekitar dan semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk sekitar dengan staff PI Felda Taib Andak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: