Kelas Kreativiti @ Kad Hari Raya Sesi 1
10 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Kreativiti @ Kad Hari Raya Sesi 1 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 9 Jun 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Kelas ini bertujuan untuk mendekatkan kanak-kanak setempat dengan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia yang mana bukan sahaja menyediakan perkhidmatan internet malahan tempat yang mengadakan aktiviti yang menjana kreativiti dan tempat menimba ilmu. Kelas bermula dengan pendaftaran dan sesi penerangan mengenai cara membuat kad menggunakan aplikasi Google, Youtube dan Microsoft Word.
Mereka diberi kertas warna dan alat tulis yang ingin digunakan kepada mereka. Mereka semua bersemangat untuk belajar dan menyiapkan kad kreatif mengikut citarasa masing-masing. Mereka menyiapkan hasil kerja dengan perkataan yang berwarna warni, gambar yang sesuai dengan tema Hari Raya beserta ucapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: