Microsoft Office Word @ Menaip Santai Sesi 2
04 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Office Word @ Menaip Santai Sesi 2 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 3 November 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Kelas yang dianjurkan untuk kali ini adalah kelas terbuka kepada peserta kategori kanak-kanak dimana mereka akan menaip sebuah cerita didalam Microsoft Office Words. Staff PI menyediakan cerita dan dipaparkan pada layar. Jadi, mereka diminta untuk menaip cerita tersebut dengan sepantas mungkin. Hasil karangan yang ditaip diminta untuk edit menjadi font yang lebih cantik. Kelas ini secara tidak langsung dapat memahirkan lagi kemahiran menaip mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: