My Biodata Sesi 3
07 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniMy Biodata Sesi 3 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 06 Mei 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 petang. Antara pengisian kelas ini adalah mengajar mereka untuk membuat biodata diri masing-masing menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Mereka mengaplikasikan Microsoft Office Word yang telah mereka pelajari pada kelas sebelum ini untuk membuat biodata diri.
Pertama, mereka diminta untuk membuat jadual dan seterusnya mengisi maklumat diri mereka seperti nama, umur, tarikh lahir, tempat lahir, alamat rumah, makanan dan minuman kegemaran, hobi dan cita-cita. Hasil akhir mereka telah dicetak sebagai simpanan mereka. Dengan mengaplikasikan Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahirkan lagi untuk membuat sesuatu tugasan terutama apabila memerlukan penjadualan di dalam tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: