Kelas Asas Microsoft Office Word Sesi 2
09 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Office Word Sesi 2 telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 08 April 2017 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Antara pengisian kelas ini adalah menerangkan ikon-ikon tertentu sahaja di ikon Home dan Insert. Di ikon Home dan Insert, mereka didedahkan dengan perkara-perkara asas sahaja seperti cara menukar tulisan kepada pelbagai, membesarkan dan mengecilkan huruf, menjadikan tulisan berwarna, dan teknik “highlight” menggunakan tetikus bagi membolehkan mereka untuk mengubah tulisan dan sebagainya dengan mudah. Mereka juga diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam aplikasi Microsoft Office Word serta membuat jadual.
Dengan adanya kelas asas Microsoft Office Word ini, dapat meningkatkan pemahaman ahli PI cara penggunaan aplikasi Microsoft Office Word yang menjadi aplikasi utama dalam membuat sebarang tugasan sekolah atau kerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: