My Biodata Sesi 1
14 April 2018 | Aktiviti Terkini
My Biodata Sesi 1 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 13 April 2018 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang ahli PI1M. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Antara pengisian kelas ini adalah mengajar mereka untuk membuat biodata diri masing-masing menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Mereka mengaplikasikan Microsoft Office Word yang telah mereka pelajari pada kelas sebelum ini untuk membuat biodata diri. Pertama, mereka diminta untuk membuat jadual dan seterusnya mengisi maklumat diri mereka seperti nama, umur, tarikh lahir, tempat lahir, alamat rumah, makanan dan minuman kegemaran, hobi dan cita-cita. Hasil akhir mereka telah dicetak sebagai simpanan mereka.
Dengan mengaplikasikan Microsoft Office Word ini, mereka dapat memahirkan lagi untuk membuat sesuatu tugasan terutama apabila memerlukan penjadualan di dalam tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: