Klik Dengan Bijak (KDB) – Kesedaran Teknologi
20 Januari 2018 | Aktiviti Terkini
Kelas Klik Dengan Bijak (KDB) – Kesedaran Teknologi telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 19 Januari 2018 bertempat di Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 8 orang peserta. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Kelas ini bertujuan untuk memberi advokasi mengenai kempen Klik Dengan Bijak yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kelas KDB ini dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan kefahaman tentang kesedaran teknologi kepada masyarakat terutama dalam kalangan kanak-kanak yang giat melayan gajet dan internet.
Jadi, kelas tersebut dimulakan dengan tayangan beberapa video Klik Dengan Bijak. Selepas setiap video ditayangkan, terdapat penjelasan yang lebih mendalam dibincangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan video yang ditayangkan. Para peserta lebih memahami mesej yang cuba disampaikan di dalam video tersebut setelah penjelasan yang lebih mendalam diberikan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: