Kelas Usahawan bersama Mary Kay
16 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2019 Pusat Ekonomi Digital Bukit Tandak telah mengadakan kelas usahawan bersama Mary Kay (Skincare Class) selama 4 jam. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi semasa kepada para peserta serta membantu usahawan daripada PI Bukit Tandak sendiri untuk mengembangkan produk dan servis beliau sendiri. Usahawan yang disebut itu adalah Puan Nur Aizah yang merupakan seorang perunding kecantikan bagi produk Mary Kay dan juga pemilik SPA Kecantikan Aizah. Seramai 12 orang kaum hawa telah menyertai kelas ini.
Sesi dimulakan dengan penerangan dan taklimat advokasi. Setelah itu, Puan Aizah meneruskan program dengan sesi pengenalan kepada produk Mary Kay dan seterusnya sesi perundingan kecantikan. Kami diperkenalkan dengan produk-produk Mary Kay mengikut jenis kulit. Sesi pendekatan yang baik diterapkan di sini di mana peserta dapat mencuba sendiri membuat facial sambil mendengar penerangan daripada Beauty Consultant. Teknik yang diajar Beauty Consultant adalah dengan menggunakan tiga jari terakhir sahaja untuk mencuci make up dan untuk menyapu krim-krim lain. Sesi facial bersama Mary Kay ini diakhiri dengan mengambil gambar bersama peserta yang hadir. Rata –rata peserta yang hadir berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh PI Bukit Tandak bersama Mary Kay. Dengan adanya program seperti ini/ staf Pi dapat mempromosikan aktiviti Pi dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: