Kursus Latihan Pengendali Makanan
3 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 02 Oktober 2020, Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah bekerjasama dengan sebuah Syarikat MZ Bunga Konsultan telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian melalui aplikasi ZOOM. Seramai empat orang peserta yang terdiri daripada peniaga kecil telah menyertai sesi taklimat ini yang telah diadakan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak. Kursus ini telah mengambil masa selama 3 jam bemula 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi oleh tenaga pengajar Nur Nadiah Bin Shahrom.
Objektif LPM secara amnya adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan. LPM juga menekankan aspek-aspek asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan termasuk diri pengendali dan premis makanan. Secara tidak langsung, kejadian keracunan makanan di seluruh negara dapat dikurangkan. Pada akhir kursus latihan ini, sijil kehadiran kursus akan diberikan kepada pengendali makanan yang menghadiri kursus LPM. Kursus ini telah dilaksanakan mengikut SOP Covid-19 yang telah ditetapkan sepanjang PKPP serta penyertaan peserta yang terhad.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: