Program MIV Bersama Komuniti 2020
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 05 September 2020 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah menyertai Taklimat Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) bersama Komuniti 2020 oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM telah menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’.Oleh yang demikian, Pihak Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak bersama-sama dua orang wakil komuniti telah turut serta dalam menjayakan kempen dan menyebarkan maklumat pada komuniti setempat khususnya. Sesi pertama taklimat ini diberikan oleh Puan Hashimah Binti Hashim yang merupakan Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti MCMC.
Beliau telah menerangkan beberapa perkara mengenai peranan MIV. Seterusnya untuk bahagian Klik Dengan Bijak, Encik Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti MCMC telah menerangkan serba sedikit mengenai Klik Dengan Bijak dan akhir sekali sesi taklimat MIV dan tugasan sukaralewan bersama Puan Nur Amanina Binti Che Azemi. Taklimat ini telah berlangsung selama dua jam bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 petang. Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan.
Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Pada akhir taklimat pihak SKMM berharap kempen ini dapat disampaikan dan menyedarkan masyarakat pentingnya untuk menyampaikan berita yang benar kepada orang lain. Diharapkan kempen ini berjaya dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna media sosial yang lebih bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: