Taklimat Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
11 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2020, Taklimat Perlindungan Data Peribadi (PDPA) di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Gelang Patah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mazmalek Mohamad. Taklimat ini merupakan salah satu inisiatif berterusan JPDP demi memperkasakan komuniti digital. Program kesedaran melalui Pusat Ekonomi Digital (PID & PIM) yang merupakan satu platform terbaik bagi memberi kesedaran tentang perlindungan data peribadi kepada orang awam.
Pusat Ekonomi Digital Desa dan Pusat Ekonomi Digital Malaysia merupakan barisan hadapan yang paling dekat dengan masyarakat tempatan di kawasan luar bandar serta telah membawa impak sosio ekonomi. Pada akhir taklimat, peserta dapat mengetahui lebih tentang maklumat perlindungan data peribadi. Diharapkan dengan taklimat ini dapat membantu peserta dalam berhati-hati untuk memberi maklumat kepada orang yang tidak dikenali.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: