Program ICT Bersama Pusat Literasi Keluarga (PLK)
3 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 02 September 2020 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Program Kenali Dunia ICT bersama pelajar-pelajar dari Pusat Literasi Keluarga (PLK). Selama Program ini berlangsung pelajar telah dipertontonkan dengan video animasi yang bertajuk Upin Ipin Belajar Komputer. Selepas itu, para pelajar juga diberi penerangan serba sedikit mengenai komponen asas komputer. Program ini telah dijalankan selama dua jam bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar PLK yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun mengenai komputer. Seramai 24 orang pelajar telah telibat dalam sesi kali ini. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua sesi dan setiap sesi melibatkan 12 orang pelajar. Hal ini adalah kerana dalam tempoh PKPP ini setiap aktiviti perlu dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pada akhir program, pelajar telah dapat mengetahui serba sedikit mengenai komputer. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini kita dapat melahirkan lebih ramai lagi insan yang celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: