Program Klik Dengan Bijak
16 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2021 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak secara online dengan menggunakan Google Form yang bertajuk Pinjaman Tidak Wujud. Selama Program ini berlangsung peserta telah dipertontonkan dengan video yang menerangkan apa yang dimaksudkan dengan pinjaman tidak wujud dan bagaimana pinjaman tidak wujud boleh berlaku. Program ini telah dijalankan selama satu jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka minda kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan tidak mudah ditipu apabila sesuatu pinjaman ditawarkan atau diiklankan. Seramai empat orang peserta telah menyertai program kali ini. Pada akhir program, peserta lebih jelas dengan pinjaman tidak wujud untuk tidak menjadi mangsa yang seterusnya. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan pendedahan untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: