Program Hari Kesihatan Komuniti Anjuran National Kidney Foundation (NKF) di PEDi Felda Taib Andak
31 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Kesihatan Komuniti telah berlangsung dengan meriah. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 3.30 petang dengan kehadiran penduduk Felda Taib Andak yang berminat untuk membuat pemeriksaan kesihatan dalam seramai 36 orang. Antara ujian kesihatan yang diberikan adalah ujian darah tinggi, ujian air kencing, gula darah, Indeks Jisim Tubuh (BMI), kolesterol darah dan sesi kaunseling. Objektif program ini adalah untuk memberi pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang serta penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti kencing manis dan darah tinggi.
9.50 pagi : Pendaftaran dibuka
10.00 pagi : Pemeriksaan kesihatan dimulakan
1.00 petang : Berehat untuk solat
2.00petang: Sambungan pemeriksaan kesihatan
3.30 petang : Program tamat
Diharapkan program sebegini dapat dilakukan agar dapat meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan dalam komuniti. Selain itu dapat memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan komuniti. Semoga program sebegini ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: