Kelas Augmented Reality (Ar) Menggunakan Aplikasi Assemblr Edu
20 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniKelas Augmented Reality (AR) Menggunakan Aplikasi Assemblr EDU ini berlangsung dengan sangat meriah. Kelas ini telah berlangsung dari jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi dengan kehadiran 9 orang peserta. Augmented Reality (AR) adalah teknologi yang menambahkan elemen digital (gambar, video, teks) ke dunia nyata. Ianya berfungsi menyampaikan maklumat tambahan ke persekitaran nyata, tetapi tetap berada di situ. Pengguna dapat melihat dunia nyata sambil melihat elemen digital tambahan. Biasanya AR akan menggunakan telefon pintar atau tablet untuk melihat elemen AR.
Kelas harini telah menggunakan aplikasi Assemblr EDU. Ianya sebuah platform pembelajaran berfokuskan AR yang membolehkan guru dan pelajar mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif dengan menambah elemen digital kepada dunia nyata. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini. Para peserta dilihat begitu teruja dan gembira sepanjang kelas ini diadakan.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: