Klik dengan Bijak (Cyber Grooming)
5 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniProgram ini berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang dengan kehadiran 7 orang peserta yang berumur antara 12 hingga 14 tahun. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang cyber grooming dan langkah-langkah untuk mengatasi dan membendung cyber grooming. Hal ini demikian kerana, golongan kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang perlu diberikan pendedahan secara serius mengenai cyber grooming ini. Mereka juga telah diberikan tontonan video tajuk iaitu Cyber Grooming agar mereka dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk tersebut. Ianya begitu menarik minat mereka dan mereka begitu teruja melihat video tersebut.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: