Kelas STEM (Drawing Using Quick, Draw! Application)
24 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM (Drawing using Quick, Draw! Application) ini berlangsung dengan baik dan sangat meriah. Kelas ini telah berlangsung dari jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang dengan kehadiran 2 orang peserta. Quick, Draw! Adalah permainan dalam talian yang dibangunkan oleh Google yang mencabar pemain untuk melukis gambar objek atau idea dan kemudian menggunakan kecerdasan buatan rangkaian saraf untuk meneka apa yang dilambangkan oleh lukisan itu.
AI belajar dari setiap lukisan, meningkatkan keupayaannya untuk meneka dengan betul pada masa hadapan. Objektif kelas ini adalah untuk mencabar para pemain untuk melukis dengan betul dan tepat mengikut kata kunci yang diberikan dan masa yang terhad. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada murid yang terlibat dan mengharapkan lebih ramai murid-murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Felda Taib Andak dan sekitarnya datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak untuk menggunakan khidmat kami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: