Asas Menaip Tugasan
13 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniKelas asas menaip tugasan pada kali ini PEDi Felda Taib Andak menumpukan kepada pelajar Tingkatan 6 yang ingin membuat tugasan menggunakan Microsoft Office Word. Kelas ini telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang dengan kehadiran seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar tersebut dalam menyiapkan tugasan beliau.
Antara perkara yang di ajar ialah memasukkan muka surat untuk setiap helaian kerja dan tetapan gambar. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: