E-Learning : Play and Learn (App Doulingo)
23 April 2024 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning kali ini telah memberi fokus kepada aktiviti Play and Learn dengan menggunakan aplikasi Doulingo. Dua orang pelajar telah hadir ke kelas ini yang telah berlangsung selama satu jam dari jam 12.00 tengahari sehingga 01.00 petang.
Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan lagi minat mereka dalam pembelajaran. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu pelajar belajar dengan cara yang seronok dan tidak membosankan. Hal ini dapat membantu mereka menjadi lebih fokus dan lebih mudah untuk belajar.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: