STEM/IOT – Roket Kertas
24 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniKelas Stem/Iot kali ini telah memberi fokus kepada peserta cara untuk membina roket kertas dengan menggunakan kertas warna, penyedut makanan dan pita pelekat. Dua orang pelajar telah hadir ke kelas ini yang telah berlangsung selama satu jam dari jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini adalah untuk membantu pelajar dalam meningkatkan lagi daya kreativiti dan bakat mereka dalam rekacipta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu pelajar dalam meningkatkan soft skill mereka serta meningkatkan tahap pemahaman mereka dalam subjek Sains.
Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: