Pengenalan kepada Kepenggunaan Aplikasi Canva dan Program TVET Service Learning (TESPRO)
16 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniJawatankuasa Eksekutif Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bekerjasama dengan NADI Felda Taib Andak untuk Program Pengenalan Kepada Kepenggunaan Aplikasi Canva Dan TVET Service Learning (TESPRO). Program ini telah berlangsung pada 15 Jun 2024 dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 38 orang peserta telah hadir menjayakan program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah dan golongan belia.
Objektif utama program ini adalah untuk menjadi platform bagi membuka pasaran baru untuk industri TVET, mengembangkan kreativiti dan inovasi serta membangunkan mentaliti keusahawanan. Turut hadir Dr Azizul Bin Azman iaitu Pensyarah UTM dan pelajar-pelajar UTM.
Selain pengenalan kepada aplikasi Canva, antara aktiviti lain ialah peserta diminta untuk membuat aktiviti dalam kumpulan iaitu membuat logo melalui Canva serta berkongsi pendapat mengenai program ini untuk masa hadapan. Di harap para peserta yang menyertai program ini mendapat kebaikan dan dapat menggunakan pengetahuan ini dengan sebaik nya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: