Program Hari Kesihatan Komuniti
21 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Felda Taib Andak telah bekerjasama dengan National Kidney Foundation Malaysia (NKF) dalam menjayan Program Hari Kesihatan Komuniti yang bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Taib Andak. Turut hadir ialah penduduk Felda Taib Andak, Ahli jawatan kuasa Badan Khairat Kematian Taman Anjaria serta ahli Gabungan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak.
Selain pemeriksaan kesihatan dijalankan terdapat kaunter tabung haji juga dibuka oleh pihak Tabung Haji Daerah Kulai. Antara aktiviti yang berlangsung ialah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kesihatan buah pinggang, pendaftaran akaun baharu Tabung Haji, pendaftaran Haji bagi yang belom berdaftar Haji dan sebagainya.
Program ini bertujuan untuk mengekalkan kesedaran masyarakat setempat tentang kepentingan menjaga kesihatan dan merupakan pencegahan awal daripada penyakit kronik. Selain itu, dapat membantu masyarakat setempat tentang kepentingan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala setiap tahun. Diharap program seumpama ini dapat diadakan di masa akan datang dengan lebih meriah lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: