dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Family On Alert

10 April 2017 | Aktiviti Terkini

Program Family On Alert Anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada hari Ahad, 09 April 2017 bertempat di Pusat Literasi Keluarga (PLK) Felda Wilayah Johor. Program ini telah disertai oleh 43 orang peserta. Program ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Program ini dianjurkan oleh pihak AADK dan berkolaborasi dengan PI Felda Taib Andak, Tabika Kemas Felda Taib Andak, Pusat Literasi Keluarga (PLK), dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak. Antara program yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, program keibubapaan iaitu ceramah mengenai dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Johor Bahru, dan cabutan bertuah.

Pihak PI bertindak sebagai jawatankuasa yang mengendalikan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan acara selebihnya dikendalikan oleh Pengurus PLK, Guru Tabika dan pegawai AADK yang lain. Program berjalan serentak untuk pertandingan mewarna dan ceramah anti dadah. Seramai 28 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara mewarna dan kesemua mereka dilihat begitu teruja kerana ramai ibu bapa hadir memberikan semangat selepas program keibubapaan berakhir, tak kurang juga ada di antara mereka dilihat membantu anak-anak mereka menyudahkan aktiviti mewarna tersebut.

Program diakhiri dengan ucapan daripada wakil Tabika Kemas Felda Taib Andak serta penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Penyampaian hadiah di sampaikan oleh Ketua Kampung Felda Taib Andak, Tuan Hj. Naim Bin Samuri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.