dikendalikan oleh TM
MCMC
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendidikan

 

Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia


Nama asal Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia ialah Sekolah Kampung Bahagia sempena nama asal Felda Taib Andak iaitu Kampung Bahagia . Sekolah Kampung Bahagia ditubuhkan pada tahun 1961 atas desakan penduduk Kampung Bahagia dan disokong oleh pengurus dan Penghulu Kampung Melayu , Kulai. Pada 31 Mac 1963, Sekolah Kampung Bahagia ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia . Perubahan demi perubahan berlaku kepada SK Sinar Bahagia sehingga wujud bangunan baru pada tahun 2011 bagi menampung bilangan pelajar, guru dan staf di sekolah tersebut.

Alamat : Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor
Kod Sekolah : JBA8001
No. Telefon/Faks : 07 - 654 9712
E-mel : sksinarbahagia@gmail.com

Sekolah Agama Seri Bahagia


Sekolah Agama Seri Bahagia adalah Sekolah Agama Negeri di Johor dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekolah ini ditubuhkan pada 01 Januari 1971 di mana khas untuk pelajaran anak-anak atau cucu-cucu kepada penduduk Felda Taib Andak.
Alamat : Sekolah Agama Seri Bahagia, Jalan Cempaka Biru, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor
Kod Sekolah Negeri : J06048
Kod Sekolah JAKIM : JYP8016
No. Telefon/Faks : 07 - 654 0572
E-mel : sasbkulaijaya@gmail.com

Tabika KEMAS Felda Taib Andak


Tabika KEMAS Felda Taib Andak merupakan sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak yang terletak di Felda Taib Andak. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Alamat : Tabika KEMAS Felda Taib Andak, Jalan Bunga Mawar, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor
No. Telefon : -

Pusat Literasi Keluarga (PLK)


Pusat Literasi Keluarga (PLK) ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak atau cucu-cucu peneroka FELDA di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti mencungkil kreativiti, membina personaliti, kemahiran berinteraksi, kemahiran social, dan sebagainya.
Alamat : Pusat Literasi Keluarga, Balairaya Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor
No. Telefon :

 

 

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.