dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Gotong-Royong Perdana Felda Taib Andak

24 April 2017 | Aktiviti Terkini

Program Gotong-royong Perdana Felda Taib Andak telah dilaksanakan pada hari Ahad, 23 April 2017 bertempat di pelbagai kawasan di dalam Felda Taib Andak iaitu di kawasan balairaya, pejabat kerajaan, padang awam, warung dan kawasan perumahan. Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta (20 orang dewasa & 10 orang kanak-kanak). Program ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 tengahari. Program ini dianjurkan oleh pihak JKKK Felda Taib Andak dan berkolaborasi dengan PI Felda Taib Andak dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Taib Andak.

Program ini bertujuan untuk mencantikkan kampung dari segi keceriaan dan kebersihan yang sentiasa dijaga bagi keselesaan masyarakat kampung Felda Taib Andak. Tambahan pula, tujuan gotong-royong ini juga adalah sempena sesi penggambaran Majalah 3 dari TV3 yang hadir pada hari Selasa (25 April 2017). Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan staf PI Felda Taib Andak dengan penduduk kampung Felda Taib Andak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.