dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-Learning @ Astro Tutor TV UPSR Sesi 3

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning @ Astro Tutor TV UPSR Sesi 3 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 18 Mei 2018 bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PI) Felda Taib Andak. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang ahli PI. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Kelas pada kali ini menerangkan cara membuat ulangkaji dan latihan dengan menggunakan laman web Astro Tutor TV UPSR. Di laman web ini, mereka boleh membuat ulangkaji 4 subjek yang telah disediakan antaranya ialah Bahasa Malaysia, Bahasa inggeris, Matematik dan juga Sains. Di dalam setiap subjek ini ianya mempunyai tahap yang tertentu untuk setiap latihan.

Mereka tidak perlu log masuk atau mendaftar untuk melayari laman web ini. Ianya percuma dan sangat mudah untuk digunakan. Dengan adanya laman web ini, akan memudahkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan juga membuat latihan dalam menghadapai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.