dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak

13 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November dan 13 November 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor. Selama Program ini berlangsung pelajar telah dipertontonkan dengan video klik dengan bijak dan kuiz berkaitan dengan klik dengan bijak. Program ini telah dijalankan selama empat jam bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang tanggunggjawab kita apabila menggunakan internet. Seramai 267 orang pelajar telah menyertai program kali ini.

Pada akhir program, pelajar telah dapat mengetahui tanggungjawab untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial . Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan pendedahan untuk menjadi pengguna yang lebih baik di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.