dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Bersama Komuniti PI Felda Taib Andak 2019

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Felda Taib Andak telah mengadakan Hari Bersama Komuniti di Balairaya Felda Taib Andak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah dan kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak, pertandingan typing speed dan pertandingan sukaneka.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital dan komuniti setempat. Selain itu, Pusat Ekonomi Digital juga dapat mempromosikan tentang kelebihan Pusat Ekonomi Digital kepada masyarakat serta sumbangan yang dapat diberikan oleh Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti. Dianggarkan seramai 150 orang telah menyertai program ini. Penglibatan masyarakat dalam semua peringkat umur telah membuktikan program ini Berjaya dan objektif program juga tercapai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.