dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak

28 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2021 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk Etika Belajar dari Rumah secara atas talian. Selama Program ini berlangsung peserta telah dipertontonkan dengan video yang menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Belajar dari rumah dan apa etika yang perlu diikuti sepanjang belajar dari rumah. Program ini telah dijalankan selama satu jam 30 minit bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada komuniti terutamanya kepada pelajar yang sedang belajar dari rumah ketika pandemik covid-19. Mungkin ada diantara mereka yang tidak mengetahui cara untuk menyesuaikan diri ketika proses pembelajaran atas talian dilakukan. Dengan adanya etika ini, mereka akan mudah mengetahui perkara apa yang perlu dan tidak perlu dibuat semasa belajar dari rumah. Oleh itu penting untuk kita sama-sama memberi panduan atau cara kepada pelajar supaya pembelajaran mereka lebih teratur.

Pada akhir program, peserta lebih jelas dengan etika belajar dari rumah. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.