dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felda Taib Andak, Johor
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Klik Dengan Bijak

26 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2021 , Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felda Taib Andak telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak yang bertajuk Jenayah Siber secara atas talian. Selama Program ini berlangsung peserta telah dipertontonkan dengan video yang menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Jenayah Siber dan bagaimana Jenayah boleh berlaku. Program ini telah dijalankan selama dua jam bermula pada jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peringatan kepada komuniti terutamanya kepada pengguna yang mudah percaya dengan jenayah siber. Jenayah Siber yang sering berlaku sekarang adalah jenayah siber penggodaman dimana pengguna tidak mengetahui yang maklumat mereka telah di godam. Secara tiba-tiba ada data atau maklumat mereka telah hilang tanpa tahu dari mana puncanya. Oleh itu penting untuk kita sama-sama menjaga segala maklumat kita daripada orang ramai.

Pada akhir program, peserta lebih jelas dengan maklumat Jenayah Siber. Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi mereka manfaat dan pendedahan untuk menjadi pengguna yang lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.